LISTENING TO: IKIMfm
IKIMfm
Pilihan Utama Anda

Live Online Trends

Saturday, December 5, 2009

Emas catat harga rekod tertinggi - Kosmo 3 Dis. 2009


GAMBAR fail menunjukkan jongkong emas di sebuah bank di Switzerland baru-baru ini.


LONDON - Harga emas mencapai paras rekod melepasi AS$1,217 untuk setiap auns (31.1035 gram) atau RM132 segram semalam berikutan kebimbangan pelabur yang mencari tempat selamat setelah nilai dolar semakin lemah.

Harga emas di Pasaran Bulion London melepasi paras halangan AS$1,200 (AS$1=RM3.38) buat kali pertama kelmarin.

Selepas mencapai harga rekod baru, emas jatuh sedikit untuk didagangkan pada harga AS$1,207.82 menjelang tengah hari. - AFP

No comments:

Post a Comment